TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG INI

Thursday 29 January 2009

Batu Bahan Api Neraka

batu menjadi bahan bakar api neraka

Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"

MORAL & IKTIBAR

  • Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan
  • Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia
  • Makhluk jumud boleh berkata jika diizinkan Allah
  • Orang yang kasyaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat
  • Hati manusia seperti batu yang keras - sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan
  • Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah
  • batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal
  • Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah
  • Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

Pelarian dan penderitaan

Anak-anak pelarin Palestin yang menderita

Pelarian yang tiada penghujungnya

Anak-anak pelarian Malaysia

Saturday 17 January 2009

Di bawah pohon ajuwa



Ini adalah pohon kurma berhampiran dengan masjid Bir Ali. Masjid ini terletak lebih kurang 6 kilometer dari Madinah Al-Mukaramah .Masjid Bir Ali tempat berniat meqat untuk berihram sebelum bertolak ke Mekah. Apabila aku bergambar di sini mak cik aku yang no:4 ketawa dan tersenyum, katanya tak ada tempat lain ke nak bergambar!.........pokok kurma ni zaman mak cik muda-muda lagi dah bergambar.Masa tu aku rasa umurku lebih kurang 2 tahun ....

Sebenarnya ibuku yang suruh bergambar berhampiran dengan pokok kurma ajuwa ni. Kurma ajuwa ni adalah kurma kegemaran Nabi kita Muhammad S.A.W. Kurma ini boleh menjadi penawar apabila kita makan 7 biji pagi dan 7 biji petang.Harganya dalam pasaran sekarang lebih kurang RM 120 sekilogram. Ibu saudara aku yang no:6 juga berminat dengan kurma ajuwa ini sehinggakan nama samarannya pun diletakkan kurmaajuwa.

Puaslah kami semua mencari siapalah empunya diri yang menamakan dirinya kurma ajuwa rupa-rupanya mak cik aku yang suka melancong ni, lihatlah gambarnya di bawah pohon ajuwa semoga kami semua dapat lagi pergi ke sana Insyaalah.......aku yang menulis artikal ni menumpang di NUR EHSAN dia sedang tidur kalau dia tahu pun buat selamber dek je.......

Kereta disyaki bawa pengundi hantu diserbu

Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat telah menahan sebuah kereta daripada memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Batas Baru, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, kerana disyaki membawa pengundi hantu.

Timbalan Ketua PKR Terengganu, Razali Alias berkata kumpulan penyokong Pakatan itu menahan kereta tersebut pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Beliau berkata, kereta tersebut membawa tiga orang penumpang ketika hendak memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Razali berkata, mereka menyerbu ke arah kereta itu ketika ia berhenti di pintu pagar sekolah, kerana ia membawa tiga orang penumpang.

Ditanya mengapa mereka menyerbu kereta tersebut, Razali berkata, mereka berbuat demikian kerana mengesyaki penumpang itu mungkin pengundi hantu.

"Kami terdengar pemandunya memberitahu pengawal di situ yang dia anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tidak dibenar mengundi

Katanya, anggota polis itu juga memberitahu pengawal tersebut dan orang ramai di situ yang polis berhak membawa pengundi masuk untuk mengundi.

Selepas itu, kata Razali, kereta tersebut dibenarkan oleh pengawal itu masuk ke kawasan sekolah.

"Kami tidak dibenarkan masuk dan terus memerhati kereta dari luar pagar sekolah," jelas Razali.

Bila sampai di dalam, katanya, ketiga-tiga penumpang kereta tersebut bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas.

Bagaimanapun, kata Alias, pegawai kelihatan tidak membenar masuk ke bilik pengundian.

"Selepas kira-kira 30 minit, mereka beredar dari situ dengan menaiki kereta yang sama," katanya.

Friday 16 January 2009

Dunia Palestin

Melihat berita-berita mengenai saudara kita di Palestin, membuatkan saya teramat sedih, apatah lagi melihat kanak-kanak yang seusia dengan anak-anak saya. Tidak sanggup untuk saya membaca berita-berita tersebut sehingga akhir.

Palestin bagi umat Islam, penganut yahudi dan kristian :

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Penganut Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Palestin menjadi milik Islam dan kristian berusaha menawan Palestin :

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Bukankah Allah telah berfirman:

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

“Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
– Al-Baqarah:120

Sungguhpun ayat ini pada asalnya ditujukan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, tetapi kita sebagai umatnya turut menerima nasib yang sama. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

لتجدن أشد الناس عداوة للذين ءامنوا اليهود والذين أشركوا

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” – Al-Ma’idah: 82

Orang-orang Yahudi yang benar-benar mengkaji kitab Taurat memang menyedari bahawa suatu masa nanti, mereka juga akan dikalahkan oleh umat Islam. Tetapi bersyarat! Apakah syaratnya?

“Jangan harap umat Islam seluruh dunia akan menang, selagi bilangan jemaah solat fardhu subuh di masjid tidak sama ramainya dengan bilangan jemaah ketika solat fardhu Jumaat.”

new blog

new blog to Mrs Mohd Noor